Membaca Spektrum Falsafah Islam

MAKLUMAT BUKU

  • Penyelenggara: Ibrahim Abu Bakar
  • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
  • Cetakan: Pertama (1994)
  • Jumlah Halaman: 66

METODOLOGI

  • Menyenaraikan bab demi bab.
  • Meringkaskan isi penting dalam setiap bab.
  • Mengemas kini ringkasan dari masa ke masa.

PENGENALAN

Ibrahim Abu Bakar

  • Menurut penulis, Spektrum Falsafah Islam merujuk kepada warna-warni pendapat dan aktiviti Falsafah Islam.
  • Makalah “Falsafah Islam atau Falsafah Muslim” menunjukkan warna-warni ini sepanjang sejarah Muslim. Sebahagian daripada warna-warni ini diwakili oleh para ahli kalam , ahli tasawuf, ahli usul fiqah dan tentunya ahli falsafah. Ahli falsafah terkenal ini termasuklah al-Kindi, al-Farabi dan Ibn Sina.
  • Makalah “Al-Kindi dan Kewujudan Alam” meninjau satu warna Falsafah Islam yang disumbangkan oleh Al-Kindi. Al-Kindi tidak sepenuhnya dipengaruhi oleh falsafah Greek. Beliau tidak menerima konsep emanasi dan kekekalan alam. Beliau meyakini Tuhan mengadakan alam daripada tiada (non-existence atau ex-nihilo).
  • Makalah “Ilmu Allah Mengikut Ibn Rushd” pula memaparkan warna Falsafah Islam yang lain. Menurut Ibn Rushd, syariat merupakan sumber terbaik untuk memahami sifat-sifat Tuhan. Ini termasuklah sifat ilmu-Nya. Dan, ilmu Tuhan tidak seperti ilmu manusia. Oleh itu, tidak sesuai membandingkan ilmu Tuhan dengan ilmu manusia kecuali secara analogi equivokal (analogi yang tidak menjelaskan hakikat sebenar kerana tetap ada kesamaran di antara ilmu Tuhan dengan ilmu manusia).
  • Makalah “Asyaari dan Manhajnya” boleh difahami sebagai ringkasan pengenalan aliran Ilmu Kalam Asyairah menurut pelopornya iaitu Abu Hasan Asyaari. Manhaj beliau terkenal sebagai sebuah pendekatan yang sederhana kerana meneruskan pendekatan Salaf dan meraikan peranan akal. Ini menjelaskan keunikannya yang tidak menerapkan pendekatan literal supaya tidak tergelincir menyerupakan Tuhan dengan makhluk.
  • Makalah “Juwayni dan Hakikat Ilmu” memaparkan penerokaan seorang ahli kalam bernama Juwayni. Menurut Juwayni, definisi ilmu ialah “makrifat maklum sepertimana ianya”. Namun, ilmu Allah berbeza dengan ilmu manusia.

FALSAFAH ISLAM ATAU FALSAFAH MUSLIM

Zakaria bin Stapa

  • abc

AL-KINDI DAN KEWUJUDAN ALAM

Mohammed Yusoff Hussain

  • abc

ILMU ALLAH MENURUT IBN RUSHD

Ismail Mohamad

  • abc

ASYAARI DAN MANHAJNYA

Abdul Shukor Husin

  • abc

JUWAYNI DAN HAKIKAT ILMU

Ibrahim Abu Bakar

  • abc